LOGAM FERUS
PENGENALAN
Pengatahuan yang mendalam berkenaan sifat (properties) dan rawatan haba amatlah penting bagi seseorang pemesin, pengatahuan ini telah menjadi amalan senjak lima dekat yang lalu.Mempelajari sifat logam dan perkembangan pada pancalogam(aloi) yang baru telah menghasilkan pengurangan beban pengunaan bahan dan kekuatan beban didalam menghasilkan jentera berat, kenderaan, kapalterbang, dan berbagai jenis pengakutan yang lain.
Logam yang selalu terdapat dan digunakan sekarang ini ialah logam ferus atau yang bererti logam yang mengandungi besi.Pencampuran dan sifat bagi bahan ferus boleh berubah sifatnya dengan campuran berbagai jenis elemen aloi semasa pengilangan, supaya membahagikan bahagian bermutu bagi kehendak bahan.Besi tuang (cast iron), keluli mesin
(machine steel), keluli berkabon (carbon steel), keluli aloi atau pancalogam (alloy steel), dan keluli tahan lasak atau keluli kelajuan tinggi (high speed steel) adalah bahan logam ferus yang mempunyai sifat berlainan.
SIFAT PISIKAL PADA LOGAM
Untuk pengatahuan yang lebih lanjut bagi kegunaan berbagai bagai keluli, perlulah kita mengatahui lebih dekat lagi seperti berikut:
Ø KERAPUHAN (BRITTLENESS)
Ia mempunyai sifat yang tak berupaya menahan gangguan sebelum pecah.Seperti besi tuang(cast iron) ia adalah bahan logam yang rapuh, dimana ia pecah serta-merta tanpa gangguan berlaku sama ada ia melentur atau bengkok apabila diketuk dengan kuat.
Ø KELIATAN (DUCTILITY)
Mempunyai sifat yang membenarkan terjadi perubahan bentuk pada bahan logam atau bengkok atau menlentur dahulu sebelum patah atau pecah.Bahan sepertinya ialah tembaga dan keluli mesin dimana ianya boleh dibentukan seperti wayer.
Ø KEANJALAN (ELASTICITY)
Sifatnya berkemampuan kembali ke bentuk asal setelah diberi tekanan luar bertindak keatasnya, contohnya yang sesuai ialah besi spring dimana ia mempunyai sifat sifat anjalan(elastic).
Ø KEKERASAN (HARDNESS)
Ianya mempunyai sifat yang boleh tahan dari pada tekanan luar bertindak atau tiada ujut kesan perubahan berlaku keatasnya.
Ø PENURUTAN (MALLEABILITY)
Ia mempunyai sifat yang senang dibentuk sama ada dari tekanan mengetuk atau tekanan mengeleknya, sifatnya akan menurut bentuk yang dibentukan.
Ø KEKUATAN TEGASAN (TENSILE STRENGTH)
Sifatnya dapat memberi atau kembang apabila ditarik keparas yang tertentu sebelum ia putus atau bercerai.Ia juga difahamkan seperti berat(paun) dalam satu inci persegi(bagi ujian inci), atau berat(kilogram) dalam satu centermiter persegi(bagi penguji metrik).Dimana ia ditarik supaya putus bagi sebatang bar yang mempunyai satu inci persegi atau satu centermiter persegi pada keratan lintang.
Ø KETEGUHAN (TOUGNESS)
Adalah sifat yang dapat menanggong tekanan dan gangguan luar dengan kuat. Keteguhan adalah sifat yang berlawanan dengan sifat kerapuhan.